Tuesday, July 22, 2008

Selawat: Beberapa Penjelasan

Firman Allah SWT (bermaksud): “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

Selawat Saidina ‘Ali RA:
Saidina Ali RA membaca dan mengajar orang ramai selawat dan doa:

Ya Allah, Yang Maha Menghamparkan segala hamparan, Yang Maha menyandang segala yang ditinggikan, dan yang menetapkan hati-hati manusia mengikut fitrahnya sama ada bahagia atau sengsara; jadikanlah kemuliaan restuMu, pertambahan berkatMu dan belaian kasihMu ke atas Nabi Muhammad, hambaMu dan juga rasulMu, yang mengakhiri kepada yang terdahulu dan pembuka apa yang tertutup, dan yang menyatakan kebenaran dengan cara yang benar.

[Nahj al-Balaghah; Tafsir Ibn Kathir (tafsir ayat 56, surah al-Ahzab); Risalah Munajat Hasan al-Banna (terjemahan: http://risalahmunajat.blogspot.com/)]

* Selawat Saidina Ali ini asalnya lebih panjang dengan gaya bahasa yang tinggi. Ia telah diringkaskan dan dipermudahkan dengan Selawat Fatih. Nabi s.‘a.w bersabda mengenai Saidina Ali: “Saya adalah Kota Ilmu, manakala ‘Ali adalah pintunya.. Sesiapa yang inginkan masuk ke kota tampillah ke pintunya.” (Hadis Sahih riwayat Ibn Hibban, al-Tabarani dan al-Hakim; Mustadrak ‘Ala al-Sahihain).

Selawat ‘Abdullah bin ‘Abbas RA:
Kata Ibn Abbas: “Apabila kamu berselawat kepada Rasulullah s.‘a.w, perelokkanlah selawat kamu kepadanya. Kamu tidak tahu, mudah-mudah ia dibentangkan kepada Baginda.” Orang ramai berkata kepada beliau: “Ajarkanlah kami.” Kata Ibn ‘Abbas:

Ya Allah, kurniakanlah restuMu, rahmatMu dan keberkatanMu kepada penghulu para rasul, pemimpin orang bertakwa dan penutup para nabi, iaitu Nabi Muhammad, hamba dan utusanMu, pemimpin dan pembimbing kepada kebaikan serta utusan yang membawa rahmat. Ya Allah tempatkanlah Nabi Muhammad di tempat terpuji yang menjadi harapan seluruh umat terdahulu dan terkemudian.

Ya Allah, restuilah Nabi Muhammad dan keluarga Baginda sebagaimana Engkau merestui Nabi Ibrahim dan keluarga baginda. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia. Juga berkatilah Muhammad dan keluarga Baginda sebagaimana Engkau berkati Nabi Ibrahim dan keluarga Baginda. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia.

[Riwayat Ibn Majah; Tafsir Ibn Kathir (tafsir ayat 56, surah al-Ahzab); Risalah Munajat Hasan al-Banna (terjemahan: http://risalahmunajat.blogspot.com/)]

*Abu Hurairah mengatakan ketika kematian Zaid bin Thabit: “Tinta umat ini telah mati. Mudah-mudah Allah menggantikannya dengan Ibn ‘Abbas.” (Riwayat al-Tabarani, Majma‘ al-Zawaid)

*Disamping selawat-selawat ini, terdapat banyak lagi selawat lain yang elok diamalkan. Nabi s.‘a.w sendiri tidak membatas kita mesti berselawat mengikut lafaz yang disebutkan oleh Baginda (warid). Kita dibolehkan berselawat, berzikir dan berdoa sepertimana lafaz yang diungkapkan oleh para Sahabat, Tabien dan para Solehin disamping tidak meninggalkan lafaz-lafaz yang diriwayatkan (warid) daripada Nabi s.‘a.w. Tiada dalil yang mewajibkan kita membataskan amalan tersebut pada yang warid. Perkara ini memudahkan bagi sesetengah orang yang tidak dapat menghafal. Hanya perkara-perkara dibataskan oleh Rasulullah s.‘a.w sahaja kita tidak boleh tokok-tambah seperti zikir Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar sebanyak 33 kali selepas solat fardhu, maka ia tidak boleh ditambah atau dikurangkan.

Penjelasan lanjut:
Pelbagai Selawat Nabi:-

Selawat Tibb:-

No comments: