Friday, July 25, 2008

DOA MENGHADAPI TEKANAN

اللهُمَّ إِنِّي أَشْكُوْ إِلَيْكَ ضَعْفَ قُوَّتِي وَقِلَّةَ حِيْلَتِي وَهَوَانِي عَلَى النَّاسِ
Ya Allah! Sesungguhya daku mengadu padamu akan kelemahan upayaku,kurang usahaku dan hinanya aku di kalangan manusia
يَا رَبَّ العَالَمَيْنَ ، أَنْتَ رَبُّ المُسْتَضْعَفِيْنَ ،وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ ، وَأَنْتَ رَبِّي
Wahai Tuhan sekalian alam, Engkaulah Tuhan golongan yang lemah,Engkaulah yang Maha Mengasihani, dan Engkaulah Tuhanku
إِلَى مَنْ تَكِلُنِي ، إِلَى بَعِيْدٍ يَتَجَهَّمُنِي أَمْ عَدُوٍّ مَلَّكْتَهُ أَمْرِي ؟
Kepada siapa Engkau serahkan aku, di kejauhan aku disisihkanatau kepada musuh yang diberikan kuasa padanya untuk menggagalkan urusanku?
إِنْ لَمْ يَكُنْ بِكَ غَضَبٌ عَلَيَّ فَلا َ أُبَالِي ،غَيْرَ أَنَّ عَافِيَتَكَ هِيَ أَوْسَعُ لِي
Tidaklah mengapa jika Engkau tidak murka padaku,tetapi aku lebih mengharapkan naungan kesejahteraan daripadaMu
أَعُوْذُ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الَّذِي أَشْرَقَتْ لَهُ الظُّلُمَاتُ ،وَصَلُحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الُّدُنْيَا وَالآخِرَةِ
Aku mohon berlindung dengan nur “wajah”Mu yang menerangi kegelapandan memperelokkan urusan dunia dan akhirat
أَنْ يَحِلَّ عَلَيَّ غَضَبُكَ أَوْ أَنْ يَنْزِلَ بِي سَخَطُكَ
Lindungilah daku dari kemurkaanMuatau apa yang mungkin menimpaku disebabkannya
لَكَ العُتْبَى حَتَى تَرْضَى
Hanya kepada Engkaulah aku pasrahkan diri sehingga Engkau redha
وَلاَ حَوْلَ وَلا َقُوَّة َإِلا َّ بِالله
Sesungguhnya tiada daya-upaya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah
****
Mengapa doa ini?

Peristiwa2 yg menggembirakan dan memnyedihkan di sepanjang sepuluh Tahun telah berakhir ..Dalam tahun ini Nabi Muhammad SAW kehilangan dua pembela dan penyokong besar. Pertama, wafatnya Abu Talib, iaitu pemimpin keluarga Abdul Muttalib, pembela terkemuka Nabi SAW dan orang terkemuka Quraisy.Pedihnya tragedi ini masih segar di hati Nabi Muhammad SAW ketika disusuli dengan kematian isterinya yang tercinta Khadijah yang semakin memburukkan lagi kepedihan itu.Abu Thalib adalah pelindung hidup dan kehormatan Nabi, semetara Khadijah mengabdi pada Islam dengan hartanya yang melimpah.Sejak awal Tahun ke sebelas kenabian Nabi SAW mengalami susana penuh permusuhan dan dendam terhadapnya.

Nyawanya terancam terus menerus dan Baginda tidak memeperolehi peluang utk berdakwah.Beberapa hari selepas kematian Abu Thalib seorang Quraisy melemparkan kotoran ke kepala Nabi SAW...Memandangkan susana getir di Mekah Nabi mengutuskan pergi ke kawasan lain. Ketika itu Thaif sdg membgn.

Baginda mengambil keputusan pergi ke sana utk menghubungi pemimpin suku Thaif utk mengajaknya masuk Islam....Di sana Baginda menerangkan agama Tauhid dan meminta bantuan dan sokongan. Namun seruan itu Baginda di tolak .Pembesar di sana menentang Baginda dan menghasut org-org bodoh dan juga berfikiran sempit.Nabi SAW dikepung dan dihalau..Baginda pun keluar dari Thaif dan berlindung di sebuah kebun ......Penduduk Thaif berhenti mengejar Nabi Muhammad SAW. Badan Baginda luka kerana dilempar batu-batu.Baginda pun berdoa dengan lafaz di atas. Doa tersebut merupakan luahan hati Baginda yang telah menempuh lima puluh tahun umurnya dengan kehormatan dan martabat yang tinggi di bawah perlindungan para penyokong yang sedia berkorban. Tetapi kini Baginda terpaksa menempuh dugaan yang besar.

3 comments:

Unknown said...

terima kasih tuhan

Unknown said...

terima kasih tuhan
http://properti-menguntungkan.blogspot.com

Unknown said...

www.properti-menguntungkan.blogspot.com