Friday, July 25, 2008

DOA MENGHADAPI TEKANAN

اللهُمَّ إِنِّي أَشْكُوْ إِلَيْكَ ضَعْفَ قُوَّتِي وَقِلَّةَ حِيْلَتِي وَهَوَانِي عَلَى النَّاسِ
Ya Allah! Sesungguhya daku mengadu padamu akan kelemahan upayaku,kurang usahaku dan hinanya aku di kalangan manusia
يَا رَبَّ العَالَمَيْنَ ، أَنْتَ رَبُّ المُسْتَضْعَفِيْنَ ،وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ ، وَأَنْتَ رَبِّي
Wahai Tuhan sekalian alam, Engkaulah Tuhan golongan yang lemah,Engkaulah yang Maha Mengasihani, dan Engkaulah Tuhanku
إِلَى مَنْ تَكِلُنِي ، إِلَى بَعِيْدٍ يَتَجَهَّمُنِي أَمْ عَدُوٍّ مَلَّكْتَهُ أَمْرِي ؟
Kepada siapa Engkau serahkan aku, di kejauhan aku disisihkanatau kepada musuh yang diberikan kuasa padanya untuk menggagalkan urusanku?
إِنْ لَمْ يَكُنْ بِكَ غَضَبٌ عَلَيَّ فَلا َ أُبَالِي ،غَيْرَ أَنَّ عَافِيَتَكَ هِيَ أَوْسَعُ لِي
Tidaklah mengapa jika Engkau tidak murka padaku,tetapi aku lebih mengharapkan naungan kesejahteraan daripadaMu
أَعُوْذُ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الَّذِي أَشْرَقَتْ لَهُ الظُّلُمَاتُ ،وَصَلُحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الُّدُنْيَا وَالآخِرَةِ
Aku mohon berlindung dengan nur “wajah”Mu yang menerangi kegelapandan memperelokkan urusan dunia dan akhirat
أَنْ يَحِلَّ عَلَيَّ غَضَبُكَ أَوْ أَنْ يَنْزِلَ بِي سَخَطُكَ
Lindungilah daku dari kemurkaanMuatau apa yang mungkin menimpaku disebabkannya
لَكَ العُتْبَى حَتَى تَرْضَى
Hanya kepada Engkaulah aku pasrahkan diri sehingga Engkau redha
وَلاَ حَوْلَ وَلا َقُوَّة َإِلا َّ بِالله
Sesungguhnya tiada daya-upaya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah
****
Mengapa doa ini?

Peristiwa2 yg menggembirakan dan memnyedihkan di sepanjang sepuluh Tahun telah berakhir ..Dalam tahun ini Nabi Muhammad SAW kehilangan dua pembela dan penyokong besar. Pertama, wafatnya Abu Talib, iaitu pemimpin keluarga Abdul Muttalib, pembela terkemuka Nabi SAW dan orang terkemuka Quraisy.Pedihnya tragedi ini masih segar di hati Nabi Muhammad SAW ketika disusuli dengan kematian isterinya yang tercinta Khadijah yang semakin memburukkan lagi kepedihan itu.Abu Thalib adalah pelindung hidup dan kehormatan Nabi, semetara Khadijah mengabdi pada Islam dengan hartanya yang melimpah.Sejak awal Tahun ke sebelas kenabian Nabi SAW mengalami susana penuh permusuhan dan dendam terhadapnya.

Nyawanya terancam terus menerus dan Baginda tidak memeperolehi peluang utk berdakwah.Beberapa hari selepas kematian Abu Thalib seorang Quraisy melemparkan kotoran ke kepala Nabi SAW...Memandangkan susana getir di Mekah Nabi mengutuskan pergi ke kawasan lain. Ketika itu Thaif sdg membgn.

Baginda mengambil keputusan pergi ke sana utk menghubungi pemimpin suku Thaif utk mengajaknya masuk Islam....Di sana Baginda menerangkan agama Tauhid dan meminta bantuan dan sokongan. Namun seruan itu Baginda di tolak .Pembesar di sana menentang Baginda dan menghasut org-org bodoh dan juga berfikiran sempit.Nabi SAW dikepung dan dihalau..Baginda pun keluar dari Thaif dan berlindung di sebuah kebun ......Penduduk Thaif berhenti mengejar Nabi Muhammad SAW. Badan Baginda luka kerana dilempar batu-batu.Baginda pun berdoa dengan lafaz di atas. Doa tersebut merupakan luahan hati Baginda yang telah menempuh lima puluh tahun umurnya dengan kehormatan dan martabat yang tinggi di bawah perlindungan para penyokong yang sedia berkorban. Tetapi kini Baginda terpaksa menempuh dugaan yang besar.

Meditasi Menghadapi Kesusahan dan Menghilangkan Kebimbangan

Meditasi Menghadapi Kesusahan dan Menghilangkan Kebimbangan

Berdasarkan riwayat yang muktabar doa-doa dan zikir-zikir berikut adalah menjadi amalan Rasulullah SAW bagi menghilangkan kesusahan, kesukaran, kebuntuan, kebimbangan, kekecewaan, kesedihan dan kedukacitaan.


‏‏ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيم
Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Agung. Tiada tuhan melainkan Allah, Tuhan ‘Arasy yang agung. Tiada tuhan melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi serta Tuhan ‘arasy yang mulia.

‏‏ يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ
Allah Yang Tetap Hidup, lagi Maha Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya. Aku memohon pertolongan dengan rahmatMu.

سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Mahasuci Allah yang Maha Agung

‏‏ يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ
Allah Yang Tetap Hidup, lagi Maha Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya.
(Sifat Hidup merangkumi semua sifat kesempurnaan. Kekal Mentadbir dengan sendirinya merangkumi seluruh sifat kesempurnaan.)

‏ ‏اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو ، فَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ
Ya Allah Aku mengharapkan rahamatMu. Wahai Tuhanku perbaikkanlah seluruh keadaan diriku; dan janganlah Engkau serahkanku kepada diriku sendiri walau sekelip mata. Tiada tuhan melainkan Engkau.


اللَّهُ رَبِّي لَا أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا 7 kali ) )
Allah adalah Tuhanku, aku tidak menyengutiNya dengan sesuatu pun


اَللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ ‏، نَاصِيَتِي ‏بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ؛ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ ، أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ ، رَبِيعَ قَلْبِي ، وَنُورَ صَدْرِي ، وَجِلاَءَ حُزْنِي ، وَذَهَابَ هَمِّي
Wahai Tuhanku, aku ini adalah hambaMu anak dari dua orang hambaMu (seorang lelaki dan seorang perempuan), ubun-ubun (gerak fikiran dan perasaanku) adalah ada di tanganMu, berlaku atasku sebarang hukumMu, adalah sangat adil segala kepastianMu ke atas diriku. Aku bermohon dengan segala nama yang Engkau punyai, yang Engkau namakan diri Engkau dengannya, atau nama yang Engkau turunkan pada kitab Engkau, atau nama yang pernah Engkau tunjukkan kepada salah seorang makhlukMu, atau nama yang Engkau pegang rahsianya di dalam ilmu ghaibMu. Aku bermohon dengan segala nama itu supaya Engkau jadikan Al-Quran sebagai siraman bagi hatiku, menjadi cahaya mataku, menjadi penghalau segala dukaku, menghalau keluh-kesah dan segala kegelisahanku.

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ
Tiada Tuhan yang lain melainkan Engkau. Maha Sucilah Engkau sesungguhnya aku mengaku bahawa aku adalah dari orang-orang yang melakukan kezaliman.

‏اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْبُخْلِ ‏ ‏وَضَلَعِ الدَّيْنِ ‏ ‏وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
Wahai Tuhanku! Aku berlindung padaMu dari menjadi lemah, malas, pengecut, terlalu tua dan bakhil, dan dari tekanan hutang danpenindasan orang.


اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلـٰهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي ، وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِي ، فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
Wahai Tuhanku, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang lain melainkan Engkau, Engkaulah Tuhan yang menciptaku. Akulah hambaMu dan aku akan mengotakan segala ikrar dan janjiku denganMu sedaya upaya yang ada padaku. Aku berlindung denganMu dari kejahatan perbuatan yang telah kulakukan. Aku mengaku kepadaMu terhadap nikmat-nikmat yang telah engkau kurniakan kepadaku dan aku juga mengaku dengan dosaku. Oleh itu ampunkan daku kerana sesungguhnya tiada siapa yang boleh mengampunkan dosa melainkan Engkau.


لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah.

***

Ibn Qaiyim menjelaskan di dalam kitab al-Tibb al-Nabawiy:

Doa-doa dan zikir-zikir seperti di atas adalah penawar kepada keresahan, kebimbangan, kerunsingan dan kesedihan. Jika penyakit itu telah menguasai diri dengan sebab-sebabnya yang tidak dapat dielakkan maka seseorang itu perlulah membuat perubahan diri secara menyeluruh berasaskan perkara berikut:

1. 1) Mentauhidkan Rubibiyyah Allah2) Mentauhidkan Uluhiyyah Allah3) Mentauhidkan Allah dalam pengetahuan dan iktiqad mengenaiNya 4) Memahasucikan Allah daripada melakukan kezaliman terhadap hambaNya atau mengenakan sesuatu tanpa suatu sebab yang dilakukan hambaNya.5) Mengakui kezaliman diri sendiri6) Bertawassul (menjadikan pengantara) menghubungkan diri kepada Allah dengan suatu yang paling disukai Allah iaitu nama-namaNya dan sifat-sifatNya. 7) Memohon pertolongan dan bergantung hanya kepada Allah8) Mengakui berharap hanya kepada Allah. 9) Merealisasikan tawakkal, berserah diri dan membuat pengkuan kepada Allah bahawa diri sendiri adalah dalam genggaman kuasa Allah. Dirinya diperlakukan mengikut kehendak Allah. Apa yang berlaku pada dirinya adalah mengikut keketetapan Allah. Keadilan terhadap dirinya adalah mengikut keputusan Allah. 10) Menyuburkan hati dengan al-Quran. Menjadikan al-Quran untuk hatinya seperti haiwan berada di tempat penternakan. Menjadikan al-Quran sebagai penerang dalam kegelapan suatu yang meragukan dan syahwat. Menenangkan hati dengan al-Quran dan menjadikannya sebagai takziah di atas segala musibah yang menimpa diri. Menjadikan al-Quran sebagai penawar dada sehingga menghilangkan kesedihan, kedukacitaan dan kebimbangan. 11) Istighfar12) Taubah 13) Jihad14) Solat15) Berlepas diri daripada keupayaan dan kekuatan diri di samping menyerahkannya kepada yang maha berkuasa memilikinya.


***

Al-Tabrani mengemukakan riwayat daripada Shaddad bin Aus beliau berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya Allah Ta‘ala berfirman: Mana-mana hamba mukmin yang Aku cuba dengan bala namun ia tetap memujiKu, maka nescaya apabila ia bangun dari tempat ia berbaring, ia bangun seolah-olah baru dilahirkan oleh ibunya iaitu bersih dari dosa. Pada ketika itu Allah berfirman: Aku kurung hambaKu ini dan aku mengujinya. Oleh itu (wahai malaikat) tuliskan untuknya apa yang kalian selalu tuliskan sebelum itu.

Sabda Rasulullah SAW: Dua kalimah yang ringan dan mudah disebut, tetapi berat di dalam neraca timbangan amal, di samping disukai oleh al-Rahman:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Maha Suci Allah dengan puji-pujian bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.


Al-Dailamiy meriwayatkan daripada Anas RA daripada Nabi SAW bahawa kalimah yang boleh menghilangkan kemudaratan dan kesakitan ialah:

تَوَكَّلْتُ عَلَى حَيِّ الَّذِي لاَ يَمُوْتُ ، الْحَمْدُ لِلّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا ، وَلَم يَكُن لَّهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ ، وَلَمْ يَكُن لَّهُ وَلِيٌّ مِّنَ الذُّلَّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا
Aku bertakwakkal kepada Allah yang Hidup dan tidak mati Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!

http://onlinerock.com/services/jailurrashied//ZikirdanDoa/bimbang.htm

Meditasi Pautan Kasih

Meditasi Pautan Kasih
1)
يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللّهِ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَشَدُّ حُبًّا لِّلّهِ
[165] Mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.
[165] They love them as they should love Allah, but those of Faith are overflowing in their love for Allah.
(Al-Baqarah: 165)

2)
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ
[31] Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu
[31]Say: "If ye do love Allah, follow me: Allah will love you
(Ali Imran: 31)

3)
وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
[134] Dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.
[134] Who restrain anger, and pardon (all) men; for Allah loves those who do good.
(Ali Imran: 134)

4)
عَسَى اللّهُ أَن يَكُفَّ بَأْسَ الَّذِينَ كَفَرُواْ وَاللّهُ أَشَدُّ بَأْسًا وَأَشَدُّ تَنكِيلاً
[84] Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu dan (ingatlah) Allah Amatlah besar kekuatanNya dan Amatlah berat azab seksaNya.
[84] It may be that Allah will restrain the fury of the Unbelievers; for Allah is the strongest in might and in punishment.
(Al-Nisa: 84)

5)
أَوَ مَن كَانَ مَيْتًا فَأَحْيَيْنَاهُ وَجَعَلْنَا لَهُ نُورًا يَمْشِي بِهِ فِي النَّاسِ كَمَن مَّثَلُهُ فِي الظُّلُمَاتِ لَيْسَ بِخَارِجٍ مِّنْهَا كَذَلِكَ زُيِّنَ لِلْكَافِرِينَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
[122] Dan adakah orang yang mati (hatinya), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayat petunjuk) dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah dia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita , yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan akan keelokan.
[122] Can he who was dead, to whom We gave life, and a Light whereby he can walk amongst men, be like him who is in the depths of darkness, from which he can never come out? Thus to those without Faith their own deeds seem pleasing.
(Al-Ana’am: 122)

6)
وَلَوْ أَنَّ قُرْآنًا سُيِّرَتْ بِهِ الْجِبَالُ أَوْ قُطِّعَتْ بِهِ الأَرْضُ أَوْ كُلِّمَ بِهِ الْمَوْتَى بَل لِّلّهِ الأَمْرُ جَمِيعًا أَفَلَمْ يَيْأَسِ الَّذِينَ آمَنُواْ أَن لَّوْ يَشَاء اللّهُ لَهَدَى النَّاسَ جَمِيعًا وَلاَ يَزَالُ الَّذِينَ كَفَرُواْ تُصِيبُهُم بِمَا صَنَعُواْ قَارِعَةٌ أَوْ تَحُلُّ قَرِيبًا مِّن دَارِهِمْ حَتَّى يَأْتِيَ وَعْدُ اللّهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ
[31] Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat. (Tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala urusan tertentu bagi Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Dia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman) dan orang-orang yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (ke atas diri atau harta benda mereka); atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan azabnya); sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
[31] If there were a Qur-an with which mountains were moved, or the earth were cloven asunder, or the dead were made to speak, (this would be the one!) but, truly, the Command is with Allah in all things! Do not the Believers know, that, had Allah (so) willed, He could have guided all mankind (to the Right)? But the Unbelievers, never will disaster cease to seize them for their (ill) deeds, or to settle close to their homes, until the Promise of Allah come to pass, for, verily, Allah will not fail in His promise.
(Al-Raad: 31)

7)
وَقُلِ الْحَمْدُ لِلّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَم يَكُن لَّهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُن لَّهُ وَلِيٌّ مِّنَ الذُّلَّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا
[111] Dan katakanlah: Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!
[111] Say: "Praise be to Allah, Who begets no son, and has no partner in (His) dominion: nor (needs) He any to protect Him from humiliation: yea, magnify Him for His greatness and glory!"
(Al-Isra: 111)

8)
وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَى عَيْنِي
[39] Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.
[39] but I cast (the garment of) love over thee from Me: and (this) in order that thou mayest be reared under Mine eye."
(Taha: 39)

9)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ آذَوْا مُوسَى فَبَرَّأَهُ اللَّهُ مِمَّا قَالُوا وَكَانَ عِندَ اللَّهِ وَجِيهًا
[69] Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah mencaci Nabi Musa, lalu Allah membersihkannya dari segala cacian yang mereka katakan dan adalah dia seorang yang mulia di sisi Allah.
[69] O ye who believe! be ye not like those who vexed and insulted Musa, but Allah cleared him of the (calumnies) they had uttered: and he was honourable in Allah's sight.
(Al-Ahzab: 69)

http://onlinerock.com/services/jailurrashied//ZikirdanDoa/pautankasih.htm