Tuesday, October 25, 2011

KISAH BENAR KEAJAIBAN DOA

DOA MENCEGAH KECURIAN


Sebelum kedatangan pencuri:

يَا وَدُوْدُ يَا ذَا الْعَرْشِ الْمَجِيْدِ يَا فَعَّالاً لِمَا يُرِيْدُ، أَسْأَلُكَ بِعِزَّتِكَ الَّتِي لاَ تُرَامُ، وَمُلْكِكَ الَّذِي لاَ يُضَامُ، وَبِنُوْرِكَ الَّذِي مَلأَ أَرْكَانَ عَرْشِكَ أَنْ تَكْفِيَنِي شَرَّ اللُصُوصِ، يَا مُغِيْثُ أَغِثْنِي، يَا مُغِيْثُ أَغِثْنِي، يَا مُغِيْثُ أَغِثْنِي



Ketika berhadapan pencuri:

يَا وَدُوْدُ يَا ذَا الْعَرْشِ الْمَجِيْدِ يَا فَعَّالاً لِمَا يُرِيْدُ، أَسْأَلُكَ بِعِزَّتِكَ الَّتِي لاَ تُرَامُ، وَمُلْكِكَ الَّذِي لاَ يُضَامُ، وَبِنُوْرِكَ الَّذِي مَلأَ أَرْكَانَ عَرْشِكَ أَنْ تَكْفِيَنِي شَرَّ هَذَا اللِّصِّ، يَا مُغِيْثُ أَغِثْنِي، يَا مُغِيْثُ أَغِثْنِي، يَا مُغِيْثُ أَغِثْنِي



Al-Imam Ibn Qaiyim al-Jauziyyah menyebut dalam kitab al-Da' wa al-Dawa’ bahawa Ibn Abi Dunya meriwayatkan doa daripada al-Hasan dalam kitab Mujabudda‘wah: Seorang lelaki sahabat Rasulullah daripada kaum Ansar yang mempunyai panggilan Abu Muallaq. Beliau adalah seorang peniaga dengan modal sendiri dan orang lain. Beliau merupakan ahli ibadat dan warak.


Pada suatu hari, peniaga itu keluar, beliau di hadang oleh seorang perompak yang bersenjata. Perompak itu menggertaknya: "Hartamu itu untuk aku dan aku tidak menginginkan apa-apa kecuali darahmu."


Si peniaga itu menjawab: "Biarkan aku solat empat rakaat dahulu." Lalu si perompak itu berkata: "Solatlah sesuka hatimu." Peniaga itu pun mengambil air wudhuk lalu bersolat empat rakaat. Dalam sujud terakhir dia berdoa dengan lafaz doa di atas yang bererti:


"Ya Allah, Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Ya Allah yang memiliki mahligai sangat mulia. Wahai yang mampu membuat apa sahaja yang dikehendakinya, aku memohon kepadaMu atas kemuliaanMu yang tidak dapat dipisahkan, dengan kerajaanMu yang tidak dapat dikurangkan, dan dengan cahayaMu yang memenuhi singgahsanaMu, lindungilah aku daripada bahaya pencuri ini (pencuri-pencuri). Wahai Allah yang Maha Penolong, tolonglah hambaMu ini."


Doa tersebut dibaca tiga kali. Tiba-tiba muncul seorang penunggang kuda. Di tangannya ada sebuah senjata yang telah diletakkan di antara dua telinga kuda tersebut.


Dia melihat perompak tersebut lalu menikamnya sehingga mati. Kemudian penungang itu datang kepada si peniaga itu seraya berkata: "Bangunlah!" Si peniaga itu bertanya kepada si penunggang kuda: "Siapakah saudara?" Penunggang kuda itu menjelaskan: "Aku adalah malaikat penghuni langit keempat. Engkau telah berdoa dengan doamu yang pertama dan aku mendengar suara di pintu-pintu langit. Lalu engkau berdoa untuk kali kedua, maka aku mendengar derap langkah penghuni langit. Lalu engkau berdoa untuk kali ketiga, maka dikatakan kepadaku, doa itu daripada orang yang berada dalam bahaya. Aku pun meminta kepada Allah agar mengutuskan aku untuk membunuh perompak itu.


Al-Hasan berkata: Oleh yang demikian, orang yang berwudhuk dan bersolat empat rakaat, lalu berdoa dengan doa tersebut, pasti akan dimakbulkan doanya, baik ia dalam keadaan sengsara atau tidak.



DOA MENJAGA HARTA DAN MENGHINDARI MUSIBAH


Tholq bin Habib meriwayatkan bahawa seorang lelaki datang kepada Abi Darda’ r.a lalu berkata: “Wahai Abi Darda’ rumah engkau telah terbakar.” Lalu Abu Darda’ berkata: “Tidak terbakar, Allah tidak akan melakukan demikian kerana kalimah-kalimah yang aku dengar daripada nabi s.a.w bahawa siapa yang mengucapkannya awal siangnya, ia tidak akan ditimpa musibah sehingga petang pada dirinya, keluarga dan hartanya; dan sesiapa yang mengucapkannya pada akhir siang, ia tidak akan ditimpa musibah sehingga pagi; dan aku telah mengucapkannya pada hari ini iaitu:


اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إلَهَ إلاَّ أنْتَ، عَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، مَا شَاءَ اللهُ كَانَ وَمَا لَمْ يَشَأْ لَمْ يَكُنْ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ، أَعْلَمُ أنَّ اللهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، وَأنَّ اللهَ قَدْ أحَاطَ بِكُلُِ شَيْءٍ عِلْمًا، اللَّهُمَّ إنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ وَمِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ أنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا، إنَّ رَبِّيْ عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ

“Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan kecuali Engkau. KepadaMu aku berserah diri, dan Engkaulah Tuhan (pemilik) ‘Arsy yang agung. Apa yang dikehendaki Allah pasti akan terjadi, dan apa yang tidak dikehendakiNya tidak akan terjadi, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Saya mengetahui (mengimani dan meyakini), bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan ilmu Allah meliputi segala sesuatu. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kejahatan diriku dan dari kejahatan makhluk melata yang ubun-ubunnya (nasibnya) dalam genggamanMu, sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.”


Kemudian dia berkata: “Bangunlah kamu bersama kami.” Lalu mereka bangun bersamanya sampailah ke rumah Abu al-Darda’. Lalu mereka rumah disekeliling rumah Abu Darda’ telah terbakar tetapi rumah Abu al-Darda’ tidak terjejas sedikit pun. (Riwayat ini dikemukakan oleh Ibn al-Sunni dalam kitab Amal al-Yaum wa al-Lailah dan al-Tabrani dalam Kitab Doa).